Wednesday, September 12, 2012

Hutan, emas dan galian Sabah boleh hilang jika bukan kerana Musa

Datuk Musa Aman adalah satu-satunya lelaki yang boleh melindungi hutan Sabah, hidupan liar dan kepelbagaian hayat yang akan mampu memperseimbangkan pemanasan global. Beliau adalah ketua menteri yang menghentikan pembalakan di Ulu Segama Malua dan Maliau Basin serta mewujudkan hutan penampan yag mempunyai keluasan tiga kali besar daripada Singapura untuk melindungi Lembah Danum daripada pembalakan, perlombongan dan pembukaan tanah untuk tujuan pertanian. Tanpa Musa, hutan dan bahan galian seperti emas di pantai timur Sabah mungkin akan hilang. Kelapa sawit mungkin menggantikan hutan hujan yang ada.

"Kita mesti ucap syabas kepada Sabah dibawah kepimpinan Musa Aman kerana memulihara hutan," kata Lorna Casselton, setiausaha luar Royal Society yang berpusat di Britain. "Jika mereka tebang hutan, mereka akan untung berbilion dolar, tetapi mereka tidak lakukannya dan itulah yang penting."

Pada 27 Julai di Kota Kinabalu, Musa menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara Royal Society dan jawatankuasa pengurusan Danum Valley untuk lima tahun kerja-kerja menyelidik dan latihan hutan hujan. Acara itu juga sempena 25 tahun Program Penyelidikan Hutan Hujan Asia Tenggara (SEARRP) yang bermula di Danum pada 1985, menjadikan ia projek penyelidikan yang paling lama dalam 350 sejarah persatuan itu.

Penyelidikan merangkumi daripada gambaran mengenai hutan Sabah kepada kesan akibat pembalakan, pemuliharaan hutan dibalak dan perubahan cuaca ketika hutan diubah menjadi perladangan. Untuk lima tahun akan datang ini, ia akan memberi fokus kepada perubahan lanskap hutan hujan dan kesannya terhadap iklim.

Dibantu oleh orang Kanada, Lembah Danum yang mempunyai keluasan 43,000 hektrar, kira-kira dua saiz Pulau Pinang, dikenal pasti untuk pemuliharaan pada 1969 apabila jabatan perhutanan melakukan iventori hutannya yang pertama. Ia membentuk sebahagian daripada konsesi hutan Yayasan Sabah pada tahun berikutnya dan secara ironinya ditanda sebagai sebahagian daripada hutan simpan komersial Ulu Segama walaupun ia sepatutnya dipulihara, kata Datuk Sam Mannan, pengarah Jabatan Perhutanan Sabah.
Yayasan itu diwujudkan untuk membantu sosio ekonomi dan pembangunan pendidikan Sabah dengan menyediakan bantuan sosial dan pendidikan seperti pakaian seragam sekolah percuma, biasiswa dan pinjaman belajar kepada rakyat.

Tetapi tiada kerajaan nampak keperluan memberi perlindungan kepada Danum daripada pembalakan sehinggalah Musa menjadi pengarah Yayasan Sabah pada 1995. Musa menghentikan pembalakan di Danum selepas mewujudkan 250,000 hektar hutan penampan di sekitarnya setahun sebelum itu dan melaksanakn pengurusan hutan mampan.

Bagaimanapun, kerosakan pada hutan simpan Ulu Segama sudah berlaku ketika pemerintahan pemimpin sebelum Musa yang "menjarah" kira-kira 4,000 hektar di sana, kata Mannan merujuk kepada tempoh itu sebagai "Zaman Gelap."

Situasi itu merampas sebahagian besar daripada kawasan di utara Danum. Hasilnya ialah hujan asid di Danum dua tahun yang lalu ketika musim jerebu teruk melanda Borneo. Para saintis cuba menilai kesan jangka panjang bahan penyubur kimia yang diguna ladang di sekitar Danum.

Mannan kesal kerana mereka sebenarnya boleh melindungi Danum dan Ulu Segama Malua ketika itu tetapi mereka enggan melakukannya "atas sebab hanya mereka yang tahu" dan membenarkan "pembalakan haram". Hutan-hutan diubah menjadi perladangan kelapa sawit.

Tugas itu kini dipikul Musa. Kepimpinannya membenarkannya membuat keputusan tidak popular yang kritikal mengenai pemuliharaan 300,000 hektar hutan, emas, arang batu dan galian di Lemba Danum dan di hutan kompleks Ulu Segama Malua.

Dibawah Musa kata Mannam, "profesional akhirnya dibenarkan mengamalkan profesion untuk pengurusan yang baik," dan menambah yang beliau dibenarkan menggunakan inovasi, kreativiti dan keusahawanan dalam mengurus sumber alam semulajadi Sabah.

Beliau menyebut contoh apabila beliau menghentikan cubaan untuk membalak 20,000 hutan di Danum yang boleh membawa keuntungan sebanyak RM4 bilion.

"Satu-satunya sebab kita dapat lakukan ini ialah sebab kepimpinan kuat politik Musa," kata Mannan. "Saya tidak kisah memberitahu anda yang ketua menteri ini menolak secara langsung sebarang cubaan memperkenalkan dasar rambang yang kelam kabut."

Mannan membuat rayuan kepada Musa: "Jangan bersara dulu. Kami masih perlukan masa panjang dibawah kepimpinan anda untuk mencapai kecemerlangan."Untuk Royal Society, katanya: "Jangan bimbang. Musa Aman di sini untuk membantu dan melindungi hutan Sabah daripada rampasan."

Bercakap kemudian, Musa berkata dengan bangganya bahawa Danum menjadi salah satu daripada tiga pusat penyelidikan hutan hujan dunia. Dua lagi ialah La Selva di Costa Rica dan Panama. Kira-kira 50 rakyat Malaysia, kebanyakan penduduk Sabah memperolehi doktorat dan ijazah untuk penyelidikan mereka mengenai Danum. Mereka menghasilkan 330 kajian. Kebanyakan mereka kini memegang jawatan penting dan kanan di agensi negeri dan persekutuan serta dengan NGO. – Insight Sabah

4 comments:

Batresiah said...

Kehadiran Datuk Musa sebagai seorang pemimpin sememangnya perlu diberikan pujian kerana mampu menjadi Negeri Sabah ini dengan baik.

Anonymous said...

Musa mmg brfikiran jauh tentang penjagaan alam sekitar. kerana Musa, hutan dan alam semulajadi Sabah terpelihara.


Borneo Native said...

Sebenarnya aktiviti pembalakan di negeri ini cukup terkawal di bawah pentadbiran Datuk Musa Aman. Beliau bukan sahaja lantang dalam soal perlindungan hutan malah beliau sentiasa meggalakkan aktiviti konservasi di negeri ini.

Borneo Native said...

lawatan pasangan Duke & Duchess of Cambridge adalah bukti kejayaan konservasi datuk musa aman sehingga berjaya melonjakkan imej positif negeri Sabah pada peta dunia menerusi liputan media antarabangsa, yang memaparkan kehijauan alam semula jadi, kekayaan biodiversiti dan khazanah flora dan fauna yang bertaraf dunia..

Post a Comment