Wednesday, September 12, 2012

Ketua menteri Datuk Musa Aman bantu sejukkan dunia

Sebuah Boeing 747 terbang dari London ke Kota Kinabalu, dengan jarak 11,300km (7,000 batu) mengeluarkan tiga tan karbon dioksida. Setiap tahun, 600 juta tan CO2 dibebaskan ke atmosfera ketika 16,000 pesawat komersial menerbangkan penumpang di seluruh dunia untuk tujuan perniagaan dan bersantai. Dalam masa 10 tahun, pengembaraan udara akan menjadi penyumbang terbesar kepada pemanasan global, kata pakar alam sekitar. Dan disebabkan itulah, Sabah mengambil pendekatan untuk menerajui "pelancongan mapan" bagi membantu menghentikan suhu daripada terus meningkat.

Ketua Menteri Datuk Musa Aman memberitahu 490 delegasi yang hadir Persidangan Pelancongan Dunia selama dua hari yang beliau menerajui pelancongan mapan untuk melindungi hutan, hidupan liar dan pulau-pulau sebab tempat inilah yang menarik kebanyakan daripada 2.3 juta pelancong untuk datang ke pulau Borneo yang kaya dengan sumber semulajadi ini. Pelancongan eko adalah perniagaan pengembaraan yang paling pesat di dunia. Sabah memperolehi kira-kira RM4 bilion setahun daripadanya walaupun berlaku kemelesetan dunia, menjadikan ia pendapatan kedua paling besar selepas kelapa sawit.

"Semakin ramai pelancong mahu pergi ke negara-negara yang ada operator perjalanan, pusat peranginan dan hotel yang menghasilkan kurang karbon," kata Musa di sidang itu di Kota Kinabalu pada 4 Oktober. "Kami mahu memastikan aset pelancongan kita dilindungi dan memenuhi jangkaan melalui amalan kemampanan yang terbaik."

Musa mendapat pujian daripada Royal Society Britain kerana memulihara kawasan luas hutan bagi mengurangi pengeluaran CO2. Pakar iklim cuba mengekalkan purata pemanasan global dibawah 2oC. Selebih daripada angka itu boleh membawa kemudaratan, kata mereka.

Malaysia menjadi tuan rumah sidang itu buat kali kedua: pertama kali di Kuala Lumpur pada 2007. Tetapi inilah kali pertama bagi Sabah dan Musa terharu dengan maklum balas daripada mereka yang hadir. Jumlah peserta melebihi jangkaan Sabah. Ada tujuh menteri pelancongan daripada 185 peserta asing daripada 42 negara. Semuanya mahu mempelajari kejayaan Sabah di sidang itu yang bertemakan "kisah kejayaan dan kebangkitan bintang pelancongan."

Musa berkata, Sabah menerima kedatangan pelancong melebihi sejuta pada 2000 dan jumlah itu berganda pada 2006. Tahun lalu, negeri ini memperolehi RM3.9 bilion daripada 2.4 juta pelancong. Katanya, Sabah mahu matlamat untuk menggandakan angka itu pada 2020.

Timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan pertemuan itu berkata, pelancongan adalah kunci utama kepada ekonomi Malaysia. Malaysia adalah destinasi kesembilan paling ramai menerima pelancong, katanya. Tahun lalu, negara ini mengalu-alukan ketibaan 23.6 juta pelancong dan memperolehi RM53.4 bilion. Muhyiddin berkata, dibawah rancangan transformasi pelancongan Malaysia, lebih daripada satu kali ganda jumlah pelancongan dijangka tiba di sini dalam masa 10 tahun dan ini akan menggalakkan pendapatan sehingga RM168 bilion daripada 36 juta pelancong.

Victor Wee, pengerusi Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia berkata, Malaysia adalah salah satu daripada tujuh negara yang menyaksikan perkembangan pesat dalam sektor pelancongan pada tahun lalu, walaupun berlaku kemelesetan dunia dan ancaman selesema burung H1N1.

 Taleb Rifai, Setiausaha Agung organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memuji tindakan Malaysia melindungi alam sekitar demi untuk pelancong. "Industri pelancongan hijau dan bersih bukan saja memberi manfaat kepada Malaysia. Ia adalah contoh eko pelancongan yang boleh dicapai yang akan memberi faedah kepada setiap destinasi pelancongan." Rifai nampak pelancongan hijau sebagai ekonomi hijau global.– Insight Sabah

6 comments:

Unknown said...

Betul.. Hutan seharusnya perlu terus dilindungi dan dijaga daripada musnah.

Anonymous said...

Musa mmg prihatin dgn penjagaan hutan.

Borneo Native said...

setuju dengan Datuk Musa Aman.. tarikan utama negeri sabah ialah, keunikan alam semula jadi.. sebab itu kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman bertungkus lumus melaksanakan kerja2 konservasi di negeri ini..

Borneo Native said...

jika bukan kerana kecekapan dan keberkesanan pengurusan hutan oleh kerajaan negeri Sabah, sudah pasti hutan di negeri ini dalam keadaan bahaya hari ini..

Anonymous said...

Good job to our Chief Minister for slowing down the global warming.

Anonymous said...

Eco-tourism should be promoted in all countries.

Post a Comment