Wednesday, September 12, 2012

Menjadikan Sabah lebih hijau


Musa Aman mula kempen tanam pokok perangi pemanasan global

 
Hampir tiga suku daripada Sabah, iaitu saiz Scotland, diliputi dengan hutan dan kelapa sawit. Namun ia tidak kebal daripada pemanasan global. Ia menderita daripada corak perubahan cuaca yang tidak menentu dengan musim monsun keterlaluan dan musim kemarau berlanjutan menyebabkan suhu permukaan direkod pada kadar di antara 2.7oC dan 4oC sejak lebih 40 tahun yang lalu. Hari ini, 2,600 pokok ditanam di serata negeri dengan Ketua Menteri Datuk Musa Aman mengetuai 60 penggubal undang-undangnya kempen 5 tahun di seluruh negara untuk menanam 26 juta pokok - satu untuk setiap penduduk Malaysia.
Kempen "Menghijaukan Bumi: Satu Penduduk Malaysia, Satu Pokok" memulakan Hari Bumi, adalah respons kepada ikrar Malaysia di mesyuarat perubahan iklim di Copenhagen pada tahun lalu untuk mengurangkan pelepasan karbon kepada 40% kadar pada 2005 dalam masa 10 tahun dari sekarang. Permintaan oleh pakar cuaca ialah mengekalkan pemanasan global di bawah 2oC. Lebih tinggi daripada itu akan membawa bencana, kata mereka.

Musa, penggubal undang-undangnya dan ketua-ketua jabatan kerajaan menanam 100 pokok di taman Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Kinabalu. Katanya, ketika kerajaannya mahu melengahkan perubahan cuaca, pokok-pokok yang ditanam di bandar-bandar dan bandaraya akan membantu eko pelancongan.

Sememangnya, pemuliharaan alam semulajadi dekat dalam hatinya. Musa memperuntukkan 22,000 hektar hutan primari, seluas saiz Pulau Pinang, untuk perlindungan di Heart of Borneo. Ini meningkatkan angka perlindungan kepada 2.7 juta hektar.

Menanam lebih banyak pokok bukannya baru kepada Sabah, kata Setiausaha Negeri Datuk Sukarti Wakiman. Malah katanya, kerajaan Sabah melancarkan kempen yang sama pada 1996 untuk memperingati Hari Perhutanan Dunia. Pulau Borneo utara ini terlepas daripada tsunami pada 2004 tetapi ia mengukuhkan pesisiran pantai dengan menanam 602,062 pokok bakau di kawasan berpaya.

Sukarti berkata, tahun kepelbagaian hayat antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Sabah di kemuncak kerana ia ada pelbagai tanaman dan haiwan tidak ternilai di hutan hujannya. Oleh itu katanya, kempen menanam pokok itu menjadi satu lagi acara untuk menyedarkan kepada orang ramai dan membantu mereka memahami kepentingan kepelbagaian hayat yang memberi kesan kepada semua hidupan di Bumi ini. – Insight Sabah

4 comments:

Unknown said...

Itulah yang kita inginkan sebenarnya. Menjadikan Sabah ini akan terus kehadapan. Maka kita perlu terus menyokong kerajaan BN Sabah.

Anonymous said...

Musa mmg brfikiran jauh tentang penjagaan alam sekitar.

Borneo Native said...

kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman sangat mengutamakan konsep hijau dalam pentadbirannya..

Borneo Native said...

dalam kegairahan melaksanakan projek2 pembangunan, datuk musa aman tidak pernah lupa mengembalikan kehijauan bumi sabah untuk manfaat rakyat di negeri ini..

Post a Comment