Wednesday, September 12, 2012

Sabah masuki industri biomass besar-besaran

Nilai sisa buangan kelapa sawit lebih besar daripada kelapa sawit mentah (CPO): anggaran RM30 bilion berbanding RM22 bilion daripada jumlah eskport 5.4 metrik tan CPO dari Sabah - ketiga terbesar daripada jumlah keseluruhan dikeluarkan oleh Malaysa. Usaha bersungguh-sungguh dilakukan untuk menukar 27 juta tan sisa buangan kelapa sawit kepada papan lapis, briket, tilam jerami, baja bio dan tenaga elektrik. Sisa itu merangkumi 6 juta tan tandan kelapa sawit, 19 juta tan pelepah kelapa sawit and dua juta tan batang kelapa sawit daripada 1.3 m hektar kawasan penanaman kelapa sawit di Sabah. Ada bertan-tan lagi sisa buangan cecair kimia daripada kilang kelapa sawit.

Pakar kelapa sawit berkata, hanya satu persepuluh daripada pokok kepala sawit adalah minyak. Selebihnya adalah sisa atau biomass.

"Kita mungkin akan mendengar lebih banyak inisiatif daripada kerajaan dalam masa beberapa bulan ini," kata Pang Teck Wai, Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sdn Bhd sambil menambah: 'Kita mencipta infrastruktur yand terbaik daripada industri biomass."

Beliau berkata, Sabah adalah negeri pertama yang membangunkan industri biomass dan menambah, apa yang diperlukan ialah pelabur ialah jaminan bahawa bekalan bahan mentah mencukupi untuk jangka panjang dengan harga kompetitif. Kerajaan katanya, memberikan laluan kepada "para pelabur akses kepada manfaat biomass".

Pada 29 Julai, Ketua Menteri Sabah memberitahu penanam kelapa sawit dan pemain industri yang mereka tidak patut melakukan kesilapan sepertimana yang berlaku kepada industri balak yang gagal dibangunkan industri hilirannya.

"Kita mungkin berada di zon yang selesa, dan sebelum menyedarinya, kita sudahpun ketinggalan di belakang and hari ini, kita tidak boleh katakan kita ada industri hiliran kayu balak. Kita tidak boleh ulangi kesilapan ini lagi," katanya ketika melancarkan pameran tiga hari Palmex 2010 di Kota Kinabalu.

Musa berasa gembira tindakan pantas industri minyak kelapa sawit untuk meneroka bidang biomass dengan bantuan kerajaan yang menyediakan kemudahan infrastruktur dan mewujudkan tanaman berkelompok di Lahad Datu dan Sandakan. POIC Lahad Datu adalah pusat baja terbesar yang ada lapan syarikat yang dijangka mengeluarkan lebih sejuta tan baja setahun.

Ia bakal menjadi pusat penapisan minyak sawit yang terbesar. Dan Musa juga mahu pengilang untuk mempelbagaikan industri itu daripada hanya menumpukannya kepada CPO. Lahad Datu akan menjadi pengeluar bio-disel yang terbesar di dunia.

Menjadikan biomass kepada tenaga, ia juga akan membantu Malaysia, negara kedua terbesar pengeluar kelapa sawit selepas Indonesia, mengurangkan bantahan daripada pencinta alam sekitar terhadap kepesatan penanaman kelapa sawit y ang mereka salahkan sebagai mempercepatkan pemanasan global, memusnahkan hidupan luar dan kepelbagaian hayat.

Kebanyakan produk seperti brisket and palet daripada sisa buangan kelapa sawit dieksport ke Eropah untuk dijadikan penjana tenaga. Penggunaan baja bio juga boleh mengurangkan RM1.4 bilion jumlah import baja kimia kepada separuh sahaja dan ini boleh mengurangkan pencemaran sungai, kata pakar dalam industri ini. – Insight Sabah

4 comments:

Unknown said...

Mungkin bekas kelapa sawit itu boleh digunakan untuk kegunaan lain. Maka teruskan membuat kajian.

Anonymous said...

moga industri ini akan berkembang.

Borneo Native said...

sebagai pengeluar minyak sawit utama negara, Sabah memang patut membangunkan industri biomas hasil dari tanaman sawit ini..

Borneo Native said...

ada yang berpendapat bahawa sawit membekalkan biomas lebih banyak dari minyak sawit..

Post a Comment